Posted 4 days ago
8.46K followers
372 views
17 likes
0 comments
1 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ Lawatan YB Datoโ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diteruskan dengan tinjauan tapak cadangan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Gemencheh dan taklimat berkaitan projek-projek tebatan banjir di Negeri Sembilan. Secara keseluruhannya di Negeri Sembilan, sebanyak sebelas (11) projek Tebatan Banjir telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi bencana banjir dengan kos keseluruhan sebelas (11) projek Tebatan Banjir ini sebanyak RM1.03 bilion dalam Rolling Plan (RP) 1 RMKe-13 Tahun 2026. Daripada segi pelaksanaan, lima (5) projek Tebatan Banjir ini sedang di peringkat Prapelaksanaan melibatkan proses rekabentuk, kerja-kerja ukur dan siasatan tanah. Lima (5) projek ini terdiri dari empat (4) projek baru yang diluluskan dalam tahun 2026 iaitu RTB Sungai Gemencheh, Tampin, RTB Sungai Jimah Fasa II dan RTB Sungai Si Rusa di Port Dickson, RTB Sungai Lenggeng di Seremban dan satu (1) projek sambungan dari RMKe-12 iaitu RTB Sungai Batang Labu, Seremban. Manakala, enam (6) projek lagi sedang dalam peringkat pembinaan melibatkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5, RTB Sungai Solok dan RTB Sungai Raya di daerah Port Dickson, RTB Sungai Jelai daerah Kuala Pilah, PLSB Sungai Pedas daerah Rembau dan RTB Sungai Chempedak di daerah Jelebu. Taklimat disampaikan oleh Puan Ir. Saliza binti Mohd Said, Jurutera Projek, Pejabat Projek Persekutuan (PPP), JPS Negeri Sembilan. Lawatan ini juga turut disertai YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin. Dalam majlis yang sama YB Timbalan Menteri telah menyempurnakan pelancaran projek RTB Sungai Gemencheh. Antara skop utama projek ini adalah kerja- kerja naik taraf sepanjang 51.5 km Sungai Gemencheh, Pembinaan Kolam Takungan dan Lintasan Sungai, Pemasangan Pintu Air (Flap Gate) serta pembinaan Rumah Pam. Projek ini direka bentuk untuk menyediakan tahap perlindungan Average Recurrence Interval (ARI) 100 tahun dari bencana banjir. Kos keseluruhan projek RTB Sungai Gemencheh adalah RM150 juta dan dijangka bakal memberi manfaat kepada dianggarkan 18,409 penduduk sekitar Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI