Posted 4 days ago
8.46K followers
372 views
21 likes
0 comments
0 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ YB Datoโ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah memulakan lawatan kerja ke Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Projek Kerja-Kerja Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Kawasan Tadahan Tampin Tengah, Negeri Sembilan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP). Lawatan kerja ini bertujuan untuk memberi gambaran sebenar isu-isu pelaksanaan projek di tapak. Kemajuan projek terkini adalah sebanyak 89.54% dan projek dijangka siap pada 15 Mac 2027 setelah lanjutan masa (EOT) no.3 diberikan kepada pihak kontraktor disebabkan isu perubahan kaedah kerja pemasangan paip pembetungan dengan menggunakan kaedah long jacking di kawasan Jalan Tampin - Gemas. Setelah siap kelak, projek ini akan memberikan manfaat dari segi kemudahan infrastruktur kumbahan yang berpusat dan moden kepada seramai 20 ribu PE (population equivalent /penduduk setara) semasa dan boleh menampung sehingga 60 ribu PE penduduk setara pada masa hadapan. Selain itu, projek ini juga akan memberi manfaat kepada kelestarian alam sekitar dengan penutupan 10 buah loji awam yang usang dan tidak mematuhi tahap pelepasan efluen yang dibenarkan. Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBhg. Datoโ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, YBrs. Puan Suriani binti Salihan , Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Puan Suraya binti Dikar, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 3 JPP, pegawai-pegawai daripada PETRA, JPP, JPS, SPAN dan agensi lain, pihak perunding dan pihak kontraktor. Kerajaan Persekutuan melalui PETRA dan JPP komited untuk menyediakan infrastruktur pembetungan yang moden dan efisien melalui pelbagai projek yang sedang dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI