PETRA · @petramalaysia

Posted 5 days ago
8.46K followers
345 views
11 likes
1 comments
0 shares

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 | 𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa ICP (ICP Committee - IC) Peringkat PETRA Bil. 01/2026 bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan serta kelulusan Projek dan Penerima ICP di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Mesyuarat ini diwakili oleh YBrs. Puan Mareena Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, selaku wakil rasmi kepada Ketua Setiausaha Kementerian PETRA. Menyusul mesyuarat tersebut, turut diadakan Majlis Penutupan Program ICP bagi Projek Penghantaran: Menaiktaraf PMU Dam Road, Lahad Datu kepada 275kV dan SSU Dam Road kepada 132/33/11kV (Reka Dan Bina). Majlis ini merupakan simbolik penghargaan kepada pihak Penulaju Sdn. Bhd. (Penyedia ICP) atas komitmen menyempurnakan obligasi program mengikut skop yang ditetapkan. Majlis turut disaksikan oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Technology Depository Agency (TDA) Berhad menerusi penyampaian plak penghargaan. #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI