9 views
0 likes
0 comments
0 shares

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—ฃ | ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ & ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ Integriti bukan sekadar nilai yang diungkapkan, tetapi amanah yang dizahirkan melalui setiap keputusan, tindakan dan tanggungjawab yang dipikul. Kepercayaan tidak lahir daripada kata-kata, sebaliknya dibina melalui konsistensi dalam melaksanakan amanah dengan jujur dan berprinsip. Dalam setiap peranan yang diamanahkan, sama ada besar atau kecil, kita memikul tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik. Apabila amanah dipelihara, kepercayaan akan terus subur, organisasi menjadi lebih kukuh dan perkhidmatan yang diberikan akan memberi manfaat kepada masyarakat serta negara. Sempena penghulu segala hari ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ serta bermuhasabah agar setiap amanah yang dipikul sentiasa dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab demi memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—›. ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—•. ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก. _"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan segala amanah kepada yang berhak menerimanya..."_ **(Surah An-Nisa' : 58)** Salam Jumaat. Semoga setiap langkah, setiap usaha dan setiap amanah yang kita laksanakan menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT. โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ IR. TS. DR. KAMARUZAMAN BIN HJ. MD. ALI Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) (R)EVOLUSI TVET Mengupayakan Kompetensi, Memacu Pertumbuhan Negara #DailyQuotes #PerspektifKP #FridayIntegrity #IntegritiProfesionalisme #SalamJumaat