556 views
11 likes
0 comments
2 shares

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐€๐”๐๐“๐‡๐„๐๐“๐ˆ๐‚ ๐‹๐„๐€๐‘๐๐ˆ๐๐† ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐ƒ๐„๐‘๐ˆ๐๐† ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐‡๐‘๐€๐๐† 22 Julai 2026 - Program Authentic Learning: Kemahiran Soldering telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang dengan penglibatan pelajar Semester 3 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) (DEP) serta staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah mengenai asas kemahiran soldering melalui sesi penerangan dan aktiviti praktikal yang dikendalikan sendiri oleh pelajar PSAS. Pendekatan ini bukan sahaja memperkenalkan kemahiran asas dalam bidang elektronik kepada murid, malah turut memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui pelaksanaan program ini, pelajar DEP berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang dipelajari di dalam bilik kuliah ke dalam situasi sebenar melalui aktiviti khidmat komuniti. Selaras dengan konsep Authentic Learning, pengalaman ini membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kepimpinan serta kerja berpasukan, di samping memupuk nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar. Diharapkan program seperti ini dapat mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah, di samping menyemai minat murid terhadap bidang STEM, elektronik dan TVET sejak di bangku sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang, para pensyarah, staf serta semua pelajar Semester 3 DEP yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang berkemahiran, berdaya saing dan berjiwa masyarakat. ---- Tiktok | Facebook | Twitter: @psasofficial Instagram: Politeknik Sultan Azlan Shah Youtube: Politeknik Sultan Azlan Shah Youtube: PSAS SHOUT! TVET #PSASTersohor #PoliteknikMalaysia #welovepolycc #TVETForAll #GengPOLYCC MalaysiaMADANI Jkepsas PSASTersohor welovepolycc politeknikmalaysia