1.08K views
22 likes
0 comments
1 shares

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐‘๐Ž๐๐Ž๐’๐€๐‹ & ๐๐‘๐Ž๐๐Ž๐’๐€๐‹ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ƒ๐„๐„๐Ÿ’๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ - ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Ÿ 23 Julai 2026- Telah berlangsung Bengkel Penulisan Initial Proposal & Proposal bagi kursus DEE40202 โ€“ Projek 1 bertempat di Dewan Kuliah Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE),Politeknik Sultan Azlan Shah. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Samihah Binti Abdul Latif dan disertai oleh 40 orang pelajar Semester 4 daripada Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK). Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan kaedah penyediaan Initial Proposal dan Proposal Projek yang sistematik, merangkumi penulisan latar belakang projek, penyataan masalah, objektif, skop projek, metodologi, serta penyediaan dokumentasi mengikut format yang ditetapkan. Pendedahan ini bertujuan membantu pelajar menghasilkan cadangan projek yang berkualiti sebagai persediaan sebelum melaksanakan Projek 1. Semoga ilmu dan panduan yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam menghasilkan proposal yang mantap serta menjadi asas kepada pembangunan projek yang inovatif, kreatif dan memenuhi keperluan industri. Tahniah dan terima kasih kepada Dr. Samihah Binti Abdul Latif atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung. ---- Tiktok | Facebook | Twitter: @psasofficial Instagram: Politeknik Sultan Azlan Shah Youtube: Politeknik Sultan Azlan Shah Youtube: PSAS SHOUT! TVET #PSASTersohor #PoliteknikMalaysia #welovepolycc #TVETForAll #GengPOLYCC MalaysiaMADANI Jkepsas PSASTersohor welovepolycc politeknikmalaysia