KPM BANDAR PENAWAR OFFICIAL · @kpmbp.official

Posted 4 days ago
2.18K followers
407 views
15 likes
0 comments
2 shares

𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟: 𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗖𝟭 𝗔𝗣𝗧𝗜𝗦 𝗔𝗦𝗦𝗘𝗦𝗦𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗠𝗔𝗡‼️ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga Unit Bahasa Inggeris, KPM Bandar Penawar atas kejayaan membanggakan dalam ujian APTIS. Pencapaian yang diraih amat membanggakan dengan empat orang berjaya mencapai tahap C1 (Advanced) dan seorang mencapai tahap B2 (Intermediate) mengikut Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Kejayaan ini membuktikan komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ke tahap yang lebih tinggi. APTIS merupakan instrumen penilaian Bahasa Inggeris yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berfungsi sebagai penanda aras kecekapan bahasa dalam aspek komunikasi, penulisan, pembacaan dan pendengaran. Penguasaan pada tahap C1 dan B2 mencerminkan kemampuan menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin, berkesan dan profesional dalam pelbagai situasi pendidikan dan kerjaya. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga pendidik lain untuk terus memperkasa kompetensi bahasa Inggeris demi meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan profesionalisme keguruan. Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang membanggakan ini. Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada warga KPMBP. 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 & 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛‼️ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani