Shiva99 ยท @shivabalan279

Posted 1 month ago
2.58K followers
127.62K views
3.4K likes
541 comments
701 shares

๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฐ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ผ๐—ฟ๐—ถ-๐—Ÿ๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ฎ, ๐—•๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ฎ๐˜†๐—ฎ Pecutan lori-lori pasir di jalan utama Pekan Bestari Jaya, khususnya di hadapan SMK Raja Muda Musa, amat membimbangkan dan memerlukan tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Keselamatan para pelajar serta pengguna jalan raya tidak boleh dikompromi. Sehubungan itu, saya bersama Ahli Majlis MPKS, Gunasakaran, telah mengadakan tinjauan di sekitar jalan berhampiran SMK Raja Muda Musa yang berdekatan dengan projek perumahan baharu Scientex Bestari Jaya. Tinjauan ini bertujuan meneliti keadaan semasa dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan demi keselamatan semua pihak. Saya juga dimaklumkan bahawa isu ini telah beberapa kali dibangkitkan dalam mesyuarat MPKS, namun sehingga kini masih belum menemui penyelesaian yang memuaskan. Keadilan Kuala Selangor berharap agar isu yang melibatkan keselamatan rakyat diberikan perhatian dan tindakan segera oleh pihak-pihak berkaitan. Keselamatan masyarakat, khususnya anak-anak yang berulang-alik ke sekolah setiap hari, hendaklah menjadi keutamaan. #KeadilanKualaSelangor #lori #mpks #viral #fyp