25 views
0 likes
0 comments
0 shares

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—ฆ๐—” ๐—›๐—ข๐—Ÿ๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—ฆ ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——. ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—ข๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—˜ Kuala Lumpur, 17 Julai 2026 โ€“ Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali telah mengadakan kunjungan hormat ke UMPSA Holdings Sdn. Bhd. (UMPSAH) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan modal insan serta pensijilan kemahiran negara. Ketibaan beliau telah disambut oleh Ts. Mohd Fadzil bin Mohd Idris, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bersama barisan pengurusan. Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara JPK dan UMPSAH melalui perkongsian aspirasi serta penerokaan peluang kerjasama dalam pembangunan program latihan berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS), pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), pembangunan Pusat Bertauliah (PB), serta pelaksanaan program upskilling, reskilling dan lifelong learning bagi memenuhi keperluan industri. Seusai sesi kunjungan hormat, Ketua Pengarah JPK meneruskan lawatan kerja ke MERITUS COLLEGE, sebuah Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), bagi meninjau pelaksanaan latihan kemahiran serta pembangunan kompetensi yang dilaksanakan oleh institusi tersebut. Kunjungan hormat dan lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dan rakan industri. Sinergi yang terjalin diharap dapat memperkasakan ekosistem TVET negara, meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja serta menyokong pembangunan modal insan berkualiti demi kemajuan negara. #LawatanKerjaKPJPK #PusatBertauliah #MERITUSCollege #UMPSAHoldings #KerjasamaStrategik