504 views
5 likes
0 comments
1 shares

๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฃ๐— ๐—” ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐——๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ธ๐—ฎ๐—ป JUMAAT | 17 JULAI 2026, Sesi Siri Perbincangan Rasionalisasi Program Pendidikan dan Kemahiran Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Johor 2027โ€“2031 telah berjaya dilaksanakan melalui tiga (3) siri perbincangan yang menghimpunkan wakil daripada setiap Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Negeri Johor. Perbincangan ini bertujuan menyelaras hala tuju penawaran program pendidikan dan kemahiran agar selari dengan keperluan industri semasa, pembangunan Zon Ekonomi Johor serta agenda pembangunan modal insan negeri. Siri ketiga yang juga merupakan sesi pemuktamadan telah berlangsung pada 17 Julai 2026, dipengerusikan oleh Dr. Hairul, Timbalan Dekan UniKL, bersama Dr. Nazif, Pengarah TVET MARA Johor Bahru. Sesi ini turut disertai oleh wakil daripada semua IPMA Johor bagi memperhalusi dan memuktamadkan cadangan rasionalisasi program. Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) telah diwakili oleh Pn. Nur Aisya dan Pn. Syafikah, yang bersama-sama memberikan pandangan serta cadangan dalam memastikan penawaran program KPMBP terus relevan, berimpak tinggi dan memenuhi keperluan industri masa kini serta masa hadapan. Hasil daripada ketiga-tiga siri perbincangan ini akan menjadi asas kepada pelaksanaan Rasionalisasi Program Pendidikan dan Kemahiran IPMA Johor 2027โ€“2031, dalam usaha memperkukuh ekosistem TVET MARA dan melahirkan graduan yang berdaya saing serta bersedia memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani