CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 3 days ago
231.7K followers
11.3K views
283 likes
4 comments
3 shares

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—ฅ๐—˜๐—”๐—  ๐—™๐—œ๐—Ÿ๐—  ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——. KUALA LUMPUR, 15 Julai 2026 โ€“ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dream Film Sdn. Bhd. di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Delegasi Dream Film Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah dan Penerbitnya, Encik Choong Lin Loong, diikuti oleh En. Joshua Choir Zoo Yuen, Encik Tan Zhi Han dan Encik Putera Zairi Iskandar. Kunjungan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama strategik antara Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ dengan Dream Film Sdn. Bhd. dalam penerbitan filem advokasi "It's Not A Joke", yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu buli, kesalahan seksual serta konflik hubungan, khususnya melibatkan kanak-kanak dan remaja. Melalui kolaborasi ini, JSJ berperanan sebagai penasihat teknikal bagi memastikan setiap aspek prosedur siasatan, kandungan dan elemen penguatkuasaan yang dipaparkan adalah tepat, autentik serta selari dengan amalan sebenar PDRM. Turut hadir bersama PJSJ hari ini DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah ( Risikan/Operasi), SAC Siti Kamsiah Hassan Ketua Penolong Pengarah D11, SAC Mohd Razali Taib Ketua Penolong Pengarah Urus Setia, SAC Junainah M. Kasbolah Ketua Penolong Pengarah D5 dan pegawai-pegawai kanan Polis. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP