Posted 2 weeks ago
33.52K followers
30.9K views
354 likes
5 comments
27 shares
MAJLIS PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA PERINGKAT KONTINJEN KELANTAN TAHUN 2026 JELI, 11 Julai 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan hari ini telah mengadakan Majlis Peluncuran Taman Angkat AMANITA Peringkat Kontinjen Kelantan Tahun 2026 di Kampung Bukit Jering, Kuala Balah, Jeli yang disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Haji Mohd Yusoff bin Mamat, Ketua Polis Kelantan. Program yang menghimpunkan lebih 600 peserta terdiri daripada penduduk setempat, Rakan AMANITA, wakil agensi kerajaan serta warga PDRM ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara polis dan masyarakat melalui pendekatan kepolisan komuniti, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan pencegahan jenayah. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya senamrobik, ceramah pengenalan AMANITA dan jenayah penipuan (scammer), pertandingan sukan rakyat, program mewarna kanak-kanak, pameran pencegahan jenayah, Jualan Rahmah serta persembahan sketsa yang memfokuskan kes ragut dan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Dalam ucapan perasmiannya, YDH Ketua Polis Kelantan menegaskan bahawa Program Taman Angkat AMANITA merupakan platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara PDRM dan masyarakat, khususnya golongan wanita, dalam usaha membendung jenayah. Beliau turut menyeru masyarakat agar memanfaatkan aplikasi VSP sebagai medium penyaluran maklumat kepada pihak polis serta terus menghayati konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil pelantikan kepada Rakan AMANITA, penyampaian cenderahati serta lawatan ke gerai pameran sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. PDRM Kontinjen Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan erat antara polis dan masyarakat akan terus diperkasakan ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera. #PolisDanMasyarakatBerpisahTiada #PDRMKelantan #AMANITA #VolunteerSmartphonePatrol #videobykplazmir