CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
231.57K followers
8.66K views
224 likes
1 comments
27 shares

๐—–๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก; ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” PASIR MAS, 5 JULAI 2026: Seorang lelaki berusia 32 tahun bersama tiga individu yang masih bebas, didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas dua kesalahan jenayah. Pertuduhan pertama melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang secara salah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan juga boleh dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan. Mereka turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 379A Kanun yang sama, bagi kesalahan mencuri kenderaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan juga boleh dikenakan denda. Mengikut fakta kes yang dikemukakan, tertuduh didakwa telah melarikan seorang lelaki berusia 35 tahun di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada petang 6 Jun yang lalu. Tertuduh juga telah melarikan sebuah kenderaan milik keluarga mangsa, sebelum mengurung mangsa secara salah di Thailand sehingga 7 Jun yang lalu. Mangsa kemudiannya telah diselamatkan oleh pihak Polis Thailand, sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. Motif kejadian dipercayai berkaitan isu hutang di antara mangsa dan tertuduh-tertuduh. Bertindak atas siasatan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan, telah menahan salah seorang tertuduh di Ajil,Terengganu pada 20 Jun yang lalu bersama beberapa rampasan barang kes untuk tindakan lanjut. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan-pertuduhan dibacakan. Hakim Zulkifli Bin Abdullah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 4 tahun bermula dari tarikh ditangkap dan denda RM 3000 bagi pertuduhan pertama. Bagi Pertuduhan kedua pula Hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 3 tahun bermula dari tarikh ditangkap dan denda RM 3000. Usaha mengesan baki tertuduh yang masih bebas, sedang giat dijalankan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP