Posted 3 weeks ago
1.01K followers
713 views
9 likes
0 comments
0 shares
[ 𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟐 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 ] Sejajar dengan berlangsungnya Minggu Peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2025/2026, Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) komited bagi memastikan kebajikan serta kelancaran urusan akademik mahasiswa sentiasa terjaga. Oleh itu, Borang Aduan Permasalahan disediakan khusus untuk mengumpul isu, kesulitan dan maklum balas yang dihadapi oleh mahasiswa sepanjang tempoh peperiksaan ini. Mahasiswa yang mempunyai sebarang aduan atau masalah boleh mengimbas kod QR pada poster untuk mengakses borang tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi PJK Akademik dan Teras Fakulti: 📞 017-8744099 (Ain Najwa) 📞 014-2683837 (Afrina) Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini! 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔