Posted 1 month ago
27.78K followers
9.45K views
332 likes
55 comments
43 shares
𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗹? Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada YB Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan atas kesudian turun ke kawasan saya bagi mengadakan sesi libat urus bersama pihak sekolah berhubung proses pemindahan SJKT Ladang Sungai Muar ke tapak baharu. Sejak saya dilantik sebagai Ahli Parlimen Segamat pada tahun 2022, saya konsisten memperjuangkan perpindahan sekolah ini kerana faktor keselamatan, kedudukannya yang jauh daripada komuniti setempat serta isu infrastruktur yang dihadapi. Kehadiran YB Menteri hari ini membuktikan bahawa perkara ini diberikan perhatian serius dan memperlihatkan pentingnya usaha merealisasikan perpindahan sekolah ini. #MalaysiaMADANI #perpaduan #MADANIBekerja #fadhlinasidek #sjktladangsungaimuar @Anwar Ibrahim @Kementerian Perpaduan Negara @KEADILAN @Fadhlina Sidek