Posted 2 days ago
28.36K followers
869 views
11 likes
0 comments
1 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ KOTA KINABALU, 2 Julai โ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Wacana Profesional Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) Peringkat Negeri Sabah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu, hari ini. Program ini telah disempurnakan oleh Puan Khadijah @ Aswati binti Haji Adenan, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya. Wacana ini dihadiri oleh siswa guru dan pensyarah dari IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Keningau dan IPG Kampus Kent, selain pegawai Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah serta guru-guru. Wacana menampilkan YBrs. Dr. Zanariah binti Ibrahim, Timbalan Rektor (Pusat Pembangunan Latihan), IPG Malaysia, dan YBrs. Dr. Wan Norlidza binti Wan Mohd. Zain, Pensyarah Kanan IPG Kampus Bahasa Melayu yang juga Ahli Jawatankuasa Penarafan KSBM. Sesi wacana telah dikendalikan oleh Encik Mohd Mujahid bin Halpi, pegawai dari Kementerian Komunikasi, selaku moderator. Turut hadir ialah Puan Jennitah binti Nordin, Pengarah DBP Cawangan Sabah dan Puan Mariati Josepha binti Mustafa, Ketua Akademi DBP. Penganjuran wacana ini diharapkan dapat memperluas pemahaman dan pelaksanaan KSBM dalam kalangan warga pendidik serta memperkukuh penggunaan bahasa Melayu yang standard. #BahasaJiwaBangsa