Posted 2 weeks ago
231.7K followers
4.34K views
136 likes
2 comments
178 shares
๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐จ๐๐ ๐๐๐ญ๐๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ KOTA BHARU, 2 Julai 2026: Seorang mekanik berusia 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan jenayah amang seksual fizikal ke atas anak tirinya sendiri. Tertuduh berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan, pada 18 Jun yang lalu, tertuduh hadir ke rumah nenek mangsa yang terletak di Taman Jaya Cherang Ruku, Pasir Puteh, dengan tujuan menghantar makanan pada jam 4.30 pagi. Sebaik mangsa selesai makan di bahagian dapur, tertuduh didakwa telah menarik mangsa ke dalam bilik sebelum mencium dan meraba mangsa di beberapa bahagian badan. Bimbangkan keselamatan dirinya, mangsa telah melarikan diri ke rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada keesokan harinya, sebelum tampil membuat laporan polis. Bertindak atas maklumat yang diperolehi, pada 23 Jun yang lalu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pasir Puteh telah menahan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Tuan Nik Habri Muhamad tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 3 Ogos 2026 untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP