Posted 5 days ago
1.98K followers
97 views
3 likes
0 comments
0 shares
๐ง๐๐๐ก๐๐๐ โผ๏ธ ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐ฃ : ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustazah Nor Aliya Farhana binti Idris atas penganugerahan Anugerah Pendidik Cemerlang MARA 2026. Beliau merupakan mantan Pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, yang telah mencurahkan khidmat bakti serta memberi sumbangan besar dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan. Pengiktirafan berprestij ini membuktikan kecemerlangan beliau yang menyeluruh merentasi pelbagai bidang, termasuk pengajaran dan pembelajaran (PdP), pembangunan bakat serta sahsiah pelajar, kepimpinan, inovasi, kurikulum, kokurikulum, penyelidikan dan penulisan. Sebagai Penyelaras Gen-Huffaz, beliau turut memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi huffaz profesional yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Deretan pencapaian yang telah diraih bukan sekadar mencerminkan dedikasi dan komitmen luar biasa, malah menjadi bukti bahawa kecemerlangan lahir daripada keikhlasan, usaha yang berterusan serta semangat untuk memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Kini, beliau meneruskan khidmat bakti sebagai Ketua Jabatan Pengajian Am, Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Semoga segala jasa, sumbangan dan kecemerlangan yang telah dibina akan terus berkembang, menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej serta melahirkan lebih ramai pendidik dan pemimpin yang mampu mencipta impak kepada generasi masa hadapan. Tahniah Ustazah Aliya. Terus menyinar, terus menginspirasi dan terus melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara. "Guru Bitara Nadi Negara" ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ & ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐ฆโผ๏ธ ไฝ ๅพๆฃ ๐๐ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupkanBiarBerjasa #MalaysiaMADANI