KPM BANDAR PENAWAR OFFICIAL · @kpmbp.official

Posted 5 days ago
1.98K followers
96 views
8 likes
0 comments
0 shares

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 ‼️ 𝗟𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗦𝗨𝗕𝗝𝗘𝗞/𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 🏆✨ Seluruh warga kerja dan pengurusan Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Syakirah Binti Mohd Ghazali (Pensyarah Logistik) di atas pencapaian cemerlang menerima Anugerah Pakar Subjek/Kluster MARA 2025. Pengiktirafan berprestij ini merupakan bukti nyata terhadap dedikasi dan komitmen luar biasa beliau selaku pensyarah Program Diploma in Logistics Management (DLM). Melalui kepimpinan beliau, program DLM terus diperkasakan menerusi pelbagai jaringan strategik dan kolaborasi aktif bersama pihak industri, kolej swasta, serta syarikat logistik terkemuka tanah air. 📈💼 Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan peribadi, malah menaikkan imej program DLM dan KPMBP secara keseluruhan. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus memacu kecemerlangan dan menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga pendidik. "Guru Bitara Nadi Negara" 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 & 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦‼️ 你很棒 👍🌟 #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupkanBiarBerjasa #MalaysiaMADANI