Posted 5 days ago
1.98K followers
76 views
1 likes
0 comments
0 shares
๐ฆ๐๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฉ๐๐ฉ๐ ๐ฃ๐ค๐ ๐๐๐๐ง: ๐๐ ๐ฃ๐๐ง ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ก๐๐ช๐๐ฅ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก "๐๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ฅ" SELASA | 30 JUN 2026, telah berlangsung sesi VIVA yang amat penting melibatkan empat (4) orang tunjang utama KPM Bandar Penawar. Sesi penuh debaran ini berjalan lancar dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi bertempat di Secretariat Office, The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Worldwide Business Centre, Shah Alam. Gandingan mantap yang terlibat dalam sesi ini diketuai sendiri oleh Pengarah KPMBP, En Muhammad Fazly Bin Jamaluddin bersama tiga orang pensyarah dedikasi iaitu Encik Hamizulhazrin , Encik Adam-Muhammad Ihsan dan Encik Raja Mohamad Syahmi. Untuk makluman, sesi VIVA ini merupakan antara batu lonjakan akhir dalam program Professional Qualifying Examination (PQE) yang wajib dilalui oleh para peserta. ๐ฏ Objektif utama sesi ini: Saringan Kelayakan Profesional: Sesi penilaian bersemuka untuk mengesahkan kelayakan para peserta sebelum dianugerahkan gelaran berprestij Chartered Member badan profesional CILT Worldwide. Penanda Aras Industri: Memastikan kepakaran akademik barisan pensyarah bergerak seiring dengan standard dan amalan terbaik industri logistik global. Sinergi Akademik & Industri: Membawa pulang input industri yang segar terus ke dalam bilik kuliah KPMBP demi manfaat para pelajar. Pihak kolej kpmbpj amat berbangga dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Pengarah dan para pensyarah demi peningkatan profesionalisme kendiri. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan memperoleh keputusan yang terbaik! ๐คฒ๐ฏ #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupkanBiarBerjasa #MalaysiaMADANI