Posted 1 month ago
32.47K followers
1.28K views
39 likes
1 comments
0 shares
๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ง๐ : ๐๐จ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐, ๐ง๐๐๐ ๐จ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ง ๐๐ฅ๐ข๐ก๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ ๐๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ฃ๐ ๐ LANGKAWI, 25 Jun 26 โ Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencipta satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan keupayaan pertahanan negara apabila berjaya melaksanakan latihan penembakan menggunakan sasaran udara Target Drone buat pertama kali dalam siri gabungan OSTEX WEST 2026 dan Eksesais SAMUDERA PERKASA 9/26 yang berakhir hari ini. Pencapaian tersebut menjadi kemuncak eksesais selama 12 hari yang turut menyaksikan penglibatan 13 aset laut, sebuah helikopter serta pasukan elit daripada TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam pelbagai senario peperangan maritim dan operasi mencari serta menyelamat (SAR). Pelaksanaan Target Drone itu bukan sahaja menandakan peningkatan keupayaan latihan TLDM ke arah konsep peperangan moden, malah membuktikan komitmen berterusan angkatan tersebut dalam memastikan kesiapsiagaan aset dan anggota sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menghadapi ancaman semasa. Gabungan OSTEX WEST 2026 dan Eksesais SAMUDERA PERKASA 9/26 turut mencatat sejarah tersendiri apabila skala kerjasama antara TLDM dan APMM dipertingkatkan daripada latihan berskala kecil kepada latihan berskala sederhana yang lebih kompleks dan realistik. Sebanyak 10 kapal TLDM dan tiga kapal APMM terlibat dalam eksesais yang berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut, perairan Selat Melaka Utara hingga Langkawi, melibatkan pelbagai simulasi operasi keselamatan maritim. Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor berkata kejayaan eksesais itu membuktikan kedua-dua organisasi mampu bertindak sebagai satu pasukan yang bersepadu dalam mempertahankan kepentingan dan keselamatan maritim negara. Menurut beliau, walaupun TLDM dan APMM mempunyai fungsi operasi yang berbeza, kedua-duanya berkongsi ruang operasi yang sama dan perlu terus memperkukuh kerjasama bagi menghadapi cabaran keselamatan yang semakin dinamik. "Kejayaan latihan ini bukan sekadar menguji aset dan anggota, tetapi membina tahap kepercayaan, koordinasi serta kefahaman operasi yang lebih mantap antara kedua-dua organisasi," katanya pada majlis penutup eksesais di Markas Wilayah Laut 3, Pangkalan TLDM Langkawi hari ini. Kejayaan pelaksanaan eksesais tersebut turut memberi mesej jelas bahawa Malaysia mempunyai keupayaan, kesiapsiagaan dan kerjasama antara agensi yang kukuh dalam mempertahankan perairan negara, khususnya di Selat Melaka yang merupakan antara laluan perkapalan terpenting dunia. OSTEX WEST merupakan eksesais tahunan Armada Barat TLDM, manakala Eksesais SAMUDERA PERKASA merupakan latihan tahunan antara TLDM dan APMM yang dilaksanakan sejak tahun 2016. Berita : BRKSP. Gambar : Markas Pemerintahan Armada Barat.