Posted 1 week ago
19.48K followers
1.02K views
55 likes
1 comments
2 shares
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini memberi tumpuan kepada agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dalam setiap program yang dilaksanakan demi memastikan agenda nasional tercapai. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man menegaskan bahawa KEMAS perlu beralih daripada minda sebagai penyedia latihan kemahiran kepada agensi penjana pendapatan rakyat. Tahun 2026 merupakan tahun pengukuhan transformasi pembangunan komuniti KEMAS selaras dengan aspirasi pembangunan negara. Usaha memperkasakan ekonomi masyarakat ini mendapat sokongan padu YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang sentiasa mendukung aspirasi jabatan dalam merancakkan aktiviti masyarakat Bumiputera di luar bandar. Beliau berkata, KEMAS perlu bergerak daripada sekadar melaksanakan aktiviti kepada sebuah agensi pembangunan komuniti yang mampu menghasilkan impak sebenar kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih strategik, responsif dan berfokuskan outcome. Fokus kepada Projek Roti Kampung, inisiatif ini bukan sahaja melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak TABIKA KEMAS, malah turut membuka peluang pendapatan serta melahirkan usahawan baharu di peringkat akar umbi. Sejak bermula pada Oktober 2025, projek ini telah memberi manfaat kepada 12,987 kanak-kanak di 632 buah TABIKA melahirkan 25 usahawan dan mewujudkan 55 peluang pekerjaan baharu. Selain itu, Projek Jahitan Pukal Pakaian Seragam TABIKA KEMAS terus memperkasa usahawan jahitan bimbingan KEMAS dengan berjaya membekalkan 123,659 pasang tudung kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS melibatkan seramai 596 usahawan jahitan di seluruh negara. Turut diberi perhatian ialah pelaksanaan Inisiatif Barberpreneur KEMAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menyokong usaha menangani kos sara hidup masyarakat di samping memperkukuh ekonomi anak muda dan usahawan mikro. Ia akan ditawarkan kepada 273 orang belia yang mendapat peralatan gunting rambut menerusi program QuickWIns KEMAS. Bagi memastikan kelancaran setiap perancangan di lapangan, Datuk Mohd Hanafiah menambah, penstrukturan semula perjawatan perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan KEMAS akan lebih bermakna dan memberi impak yang nyata kepada masyarakat. Penerapan budaya kerja One Ministry Mindset turut diberi penekanan agar seluruh warga KEMAS bergerak sebagai satu pasukan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan pembangunan komuniti yang holistik serta mampan. Kesemua inisiatif dan rombakan strategik ini akan memastikan kelangsungan ekosistem usahawan komuniti, sekaligus merealisasikan agenda utama. Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Pendidikan Kemahiran dan Pembangunan Komuniti KEMAS di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Pantai, di sini, hari ini. KEMAS... Di sini bermulaโฆ #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera