KMUKM ยท @kmukm1970

Posted 1 month ago
1.01K followers
757 views
16 likes
0 comments
0 shares

[๐”๐’๐”๐‹ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐€๐Š๐€๐”๐๐“๐€๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐“๐‘๐”๐Š๐“๐”๐‘] Alhamdulillah, usul berkaitan pemerkasaan akauntabiliti dan legasi kepimpinan mahasiswa melalui sistem dokumentasi dan pelaporan berstruktur telah berjaya direalisasikan menerusi penganjuran Bengkel Penyediaan Fail Kerja dan Penyerahan Tugas yang telah berlangsung pada 19 Jun 2026, bertempat di Bilik KMUKM. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terdiri daripada wakil Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF), Persatuan Anak Negeri, badan beruniform serta persatuan berdaftar di bawah HEP-UKM yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang bengkel ini berlangsung. Pelaksanaan bengkel ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pengurusan dokumentasi organisasi pelajar melalui penyelarasan format fail kerja, penyediaan sistem pelaporan yang lebih tersusun serta pemantapan proses penyerahan tugas bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang lebih sistematik dan berkesan. Semoga usaha ini dapat menyumbang kepada pembudayaan tadbir urus yang lebih telus, profesional dan berakauntabiliti dalam kalangan organisasi mahasiswa UKM, di samping menjadi asas kepada pengurusan organisasi yang lebih berkualiti pada masa hadapan. ๐’๐”๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐“ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€