Posted 6 days ago
230.96K followers
4.12K views
136 likes
3 comments
22 shares
๐๐จ๐ฅ๐ ๐ช๐๐ก๐ ๐ง๐จ๐ก๐๐ & ๐ง๐๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง; ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ IPOH, 22 Jun 2026: Dua lelaki tempatan berusia 24 dan 36 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas kesalahan mencuri. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. Kedua- dua tertuduh yang masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau, didakwa telah mencuri seunit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dari seorang peniaga gerai nasi bajet, di Jalan Lebuh Meru Raya, Ipoh pada tengah hari 21 Mei yang lalu. Tertuduh kemudiannya melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal ke arah Bulatan Meru Raya. Kejadian sempat dirakam dan tular di beberapa platform media sosial, memandangkan mangsa sedang membuat 'live'. Bertindak atas laporan polis yang dibuat mangsa, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 IPD Ipoh telah berjaya memberkas dan menahan tertuduh di Teluk Intan, Perak pada 8 Jun yang lalu. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh-tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Majistret Puan Norizan Riduan menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan bagi tertuduh pertama, manakala tertuduh kedua diperintah hukuman penjara selama 8 bulan. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP