CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
230.96K followers
9.51K views
201 likes
2 comments
13 shares

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—ฃ๐—ฅ๐—ก) ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ JOHOR BAHRU, 18 Jun 2026 โ€“ CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Kesiapsiagaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor sebagai langkah persediaan awal dan penyelarasan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang bakal berlangsung. Mesyuarat turut dihadiri oleh delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu SAC Datuk Mohamad Farouk Eshak, Ketua Penolong Pengarah (D7), SAC Junainah M. Kasbolah, Ketua Penolong Pengarah (D5) dan Supt Mohd Zuhaili Bin Saleh, Supt Hal Ehwal Perundangan /Penyelarasan / Kajian Dasar Urus Setia. Ketibaan Datuk PJSJ bersama delegasi JSJ Bukit Aman telah disambut oleh YDH DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor, SAC Mohd Zairi bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azlan bin A. Kudus, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor, serta ACP Mohd Zaidi bin Zambri, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Johor. Datuk PJSJ mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan JSJ Johor bagi meninjau tahap kesiapsiagaan warga kerja, aspek penyelarasan operasi, pengurusan sumber manusia serta persiapan logistik yang telah dirancang bagi memastikan segala tindakan dan penugasan dapat dilaksanakan secara berkesan sepanjang tempoh PRN berlangsung. Dalam amanat yang disampaikan, Datuk PJSJ menegaskan bahawa seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Johor hendaklah sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi serta bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen, dedikasi dan profesionalisme. Ianya amat penting bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, sekali gus menjamin proses demokrasi dapat berlangsung dengan harmoni demi kepentingan rakyat negeri Johor secara keseluruhannya. Turut hadir sama adalah Pegawai-pegawai Turus JSJ Johor, Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD), serta Pegawai-pegawai Kanan D5 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP