71.67K views
1.75K likes
67 comments
1.59K shares

๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‡๐š๐Ÿ๐ข๐ณ ๐‚๐ซ๐ข๐ฌ๐ฉ๐ฒ ๐…๐ซ๐ข๐ž๐ ๐‚๐ก๐ข๐œ๐ค๐ž๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง.. Saya meraikan jemputan menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Hafiz Crispy Fried Chicken (Bertam) Sdn. Bhd. di Bertam Avenue, Kepala Batas. Alhamdulillah, pembukaan ini merupakan cawangan ke-6 rangkaian Hafiz Crispy Fried Chicken dan lebih membanggakan apabila syarikat ini sedang merancang untuk membuka cawangan ke-7 di Brunei, sekali gus memperluaskan jenama tempatan ke peringkat antarabangsa. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Encik Burhanuddin Kassim, Pengasas Hafiz Crispy Fried Chicken; Encik Mohd Faris Burhanuddin, Pengarah Hafiz Crispy Fried Chicken HQ; Encik Mohd Hafizudin Burhanuddin, Pengarah Hafiz Crispy Fried Chicken HQ serta Encik Abdul Rahman Habeeb, Pengarah Hafiz Crispy Fried Chicken Cawangan Bertam. Dalam kesempatan tersebut, saya turut mengajak pihak Hafiz Crispy Fried Chicken untuk menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 sebagai platform bagi memperkenalkan produk tempatan ke pasaran yang lebih luas serta meneroka peluang eksport ke peringkat antarabangsa. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh media sosial terkenal Pulau Pinang iaitu Nana Asry dan Lela Tete, yang menambah kemeriahan serta menarik kehadiran orang ramai. Tahniah kepada seluruh warga Hafiz Crispy Fried Chicken atas kejayaan ini. Semoga terus berkembang maju, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menjadi antara jenama tempatan yang mampu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. #KepalaBatas #HafizCrispyFriedChicken #DemiKepalaBatas #MATRADE