7.06K views
310 likes
5 comments
86 shares

๐’๐€๐‘๐€๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ & ๐๐„๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐•๐Ž๐ˆ ๐‘๐ˆ๐ƒ๐„ ๐’๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’.. Pagi ini, saya berkesempatan bersama anak-anak muda Kepala Batas dalam Majlis Sarapan Pagi serta Pelepasan Konvoi Ride Santai Anak Muda Kepala Batas โ€œRide To Sedimโ€ yang berlangsung di Restoran Nasi Kandar Haleesya, Kiosk Bertam. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohammad Amirul Nazmi Datoโ€™ Mohd Rosidi atas inisiatif menganjurkan program yang menghimpunkan anak-anak muda dalam suasana santai, penuh semangat setiakawan dan memupuk budaya permotoran yang berhemah. Dengar khabar Tok Shidi turut bermurah hati membelanja para peserta menikmati durian di kebun beliau. Hadir sama, Encik Syamim, Restoran Nasi Kandar Haleesya; Pemilik Encik Muhammad Aโ€™fif Datoโ€™ Osman, Pengarah Operasi, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Negeri Pulau Pinang; Encik Muhammad Zaini Zakaria, Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Seberang Perai Utara; Saudara Muhamad Amirul Abdul Safar, EXCO Majlis Belia Malaysia; Saudara Mohamad Khir Md Noor, Naib Presiden E-Sport Malaysia; Puan Zainab Bakar, Ketua Wanita UMNO Kepala Batas; Saudara Helmi Juhari, Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas; Tuan Haji Azmi Ali, Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang; Saudara Aiman Dzulkifli, Pengerusi JBPP DUN Bertam. Semoga program seperti ini terus menjadi wadah mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan belia di Kepala Batas. Selamat menunggang dan semoga semua peserta dikurniakan perjalanan yang selamat serta dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah. #RideToSedim #AnakMudaKepalaBatas #KepalaBatas #DemiKepalaBatas #BertamKita