Posted 1 week ago
28.18K followers
1.07K views
24 likes
1 comments
1 shares
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Kuala Lumpur, 5 Jun โ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Buku Bahasa, Jabatan Penerbitan telah melancarkan buku Daftar Kata Bahasa Orang Asli bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 yang bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB Datoโ Dr. Ramli bin Datoโ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira seramai 120 orang, iaitu pelajar Karyawan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), mahasiswa Institut Pendidikan Guru Tuanku Ampuan Afzan (IPGTAA) di bawah Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pribumi (PKPPK) Kuala Lipis, Pahang dan pelajar orang asli dari Jabatan Bahasa dan Etnik, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Orang Asli di semenanjung Malaysia. Buku daftar kata ini terbahagi kepada tiga jilid, iaitu Daftar Kata Bahasa Senoi โ Bahasa Melayu, Daftar Kata Bahasa Melayu Proto โ Bahasa Melayu dan Daftar Kata Bahasa Negrito โ Bahasa Melayu. Daftar kata ini dihasilkan daripada kajian lapangan yang dilakukan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Sharifudin Yusop terhadap Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang terbahagi kepada tiga kelompok utama, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto yang merangkumi 18 suku kaum Orang Asli. Bahan terbitan ini boleh dijadikan kajian lanjutan oleh para sarjana. Penerbitan buku seperti ini juga menjadi wadah bagi memperkukuh lagi perbendaharaan kata serta mengekalkan warisan budaya secara tidak langsung dapat mengekalkan keaslian bahasa daripada ditelan zaman. Majlis pelancaran ini diikuti oleh acara Sembang Buku: Daftar Kata Bahasa Orang Asli - Bahasa Melayu yang menampilkan YBrs, Dr. Haji Mohd Sharifudin Yusop, Puan Zuraili a/p Uda@Longgok, Pensyarah Jabatan Bahasa Etnik, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI dan En. Mohd. Fadzli Tajuid, Ketua Bahagian Perkamusan. Pemudah cara Sembang Buku ini ialah Encik Irfan Nasution, Pengacara Selamat Pagi Malaysia. Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian jalanan dan tarian sewang oleh para pelajar orang asli dari Institut Pendidikan Guru Tuanku Ampuan Afzan. #BahasaJiwaBangsa