HotDTaipinghdt ยท @hotdtaipinghdt3

Posted 1 day ago
19.88K followers
5.26K views
97 likes
5 comments
41 shares

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š (๐—ฆ๐—”๐—ฅ) ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก #batukurau , 1 Jun 2026 - Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Anak Kurau, Batu Kurau telah ditamatkan pada hari ini setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. Mangsa yang dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42 tahun, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental dari Kampung Simpang Empat, Anak Kurau, dilaporkan hilang sejak 30 Mei 2026. Laporan polis berkaitan kehilangan mangsa telah dibuat pada jam 6.58 petang pada hari berikutnya. Sejurus menerima laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka operasi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) seterusnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung telah melaksanakan operasi pencarian secara bersepadu melibatkan kawasan hutan dan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat. Pada 1 Jun 2026, operasi SAR disambung semula dengan taklimat penugasan yang disampaikan oleh ACP Sarudin Haji Samah, Ketua Polis Daerah Selama sebelum pasukan penyelamat dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memperluaskan kawasan pencarian sehingga radius empat kilometer persegi. Operasi hari ini turut melibatkan kekuatan seramai 69 anggota dan sukarelawan terdiri daripada : โ€ข PDRM โ€“ 26 orang โ€ข JBPM โ€“ 18 orang (termasuk Unit K9) โ€ข APM โ€“ 11 orang โ€ข Orang kampung โ€“ 14 orang Selain itu, sebanyak tujuh aset pelbagai agensi telah digerakkan bagi membantu operasi pencarian. Pada pukul 5 petang tadi, hasil penilaian semasa operasi mendapati tiada sebarang petunjuk baharu berjaya ditemui, dan arahan telah diberikan untuk menghentikan operasi SAR serta menutup PKTK di lokasi. Walau bagaimanapun, usaha mengesan mangsa akan diteruskan oleh Ketua Polis Balai Batu Kurau bersama penduduk kampung sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu. Pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terlibat serta penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang operasi dijalankan. PolisDirajaMalaysia PolisPerak PolisDaerahSelama #SAR #fb_hotdtaiping #fyp #kongsi