CID_RMP · @cidrmp

Posted 5 days ago
230K followers
7.67K views
128 likes
5 comments
5 shares

𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐊𝐇𝐀𝐋𝐈𝐃 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐏.𝐌.𝐍) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) CP Datuk M.Kumar A/L S. Muthuvelu dan Datin Shanthi A/P P. Santhanam Pillai (Pengerusi PERKEP JSJ) bersama seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri". Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dikurniakan P.M.N dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP