KEMASOFFICIAL✅ · @kemajuan_masyarakat

Posted 4 days ago
19.44K followers
1.28K views
22 likes
1 comments
2 shares

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐌𝐇𝐂 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 12 Mei - KEMAS hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) bagi mengadakan sesi perbincangan kolaborasi strategik yang memberi fokus kepada kesejahteraan dan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak khususnya golongan memerlukan serta kanak-kanak berkeperluan khas. Sesi yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah bin Man itu turut membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif sokongan pendidikan dan pembangunan komuniti secara lebih inklusif dan menyeluruh. Antara fokus utama perbincangan adalah cadangan sumbangan pek lengkap persekolahan oleh RMHC Malaysia kepada murid TABIKA KEMAS daripada keluarga B40 dan asnaf yang bakal melangkah ke Tahun 1 sebagai persediaan awal akses pendidikan yang lebih baik dan saksama. Selain itu, kerjasama turut melibatkan program sokongan holistik kepada kanak-kanak istimewa termasuk latihan serta peningkatan kompetensi Pendidik Masyarakat pendidikan khas. KEMAS turut berkongsi mengenai pelaksanaan TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS yang memberi tumpuan kepada pendidikan khas kanak-kanak autisme berumur 4 hingga 6 tahun melalui program intervensi awal yang membantu perkembangan kemahiran komunikasi, sosial dan kendiri. KEMAS menghargai komitmen RMHC Malaysia dalam memperkasa kesejahteraan kanak-kanak dan komuniti serta berharap sesi ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat besar kepada anak-anak TABIKA KEMAS dan TABIKA Tunas Istimewa @KEMAS di seluruh negara. #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera