DBPMalaysia ยท @dbpmalaysia

Posted 3 days ago
27.97K followers
861 views
8 likes
0 comments
1 shares

๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐„๐‘๐๐ˆ๐“๐€๐ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐๐”๐Š๐” ๐“๐„๐Š๐’ ๐Š๐๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐‚๐Ž๐๐“๐Ž๐‡ ๐๐”๐Š๐” ๐“๐„๐Š๐’ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ ๐Š๐„๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Œ๐”๐‹๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ– 9 Mei 2026 - Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Buku Sekolah telah mengadakan taklimat terbuka untuk calon penulis Pakej Buku Teks Tahun 2 dan Tingkatan 2 kegunaan mulai tahun 2028. Seramai 200 orang peserta menghadiri taklimat tersebut di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. Matlamat taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan kepada calon penulis berkenaan dengan perkara utama penghasilan pakej buku teks KP2027 dan keperluan serta syarat bagi manuskrip calon penulis layak untuk dinilai oleh panel penilai bahan contoh. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Ruslan bin Abdull Raffar, Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Puan Hajah Isnazhana binti Haji Ismail, Ketua-ketua Penolong Pengarah Sektor Penghasilan Buku Teks Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Encik Abdul Razak bin Husin, Puan Norlida binti Mohd Yaacob, Puan Zurina Azura binti Aminuddin dan Puan Norhaflinda binti Md Sahabuddin, dan Pegawai Tadbir Bahagian Kewangan dan Bekalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Muhammad Faez bin Abd Khalid. Tawaran pelawaan sebagai calon penulis masih ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š sehingga tarikh akhir untuk penghantaran dokumen bahan contoh pada 10 Jun 2026, sebelum tepat pukul 12.00 tengah hari. Sila klik pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScKx1yczP7wWcy8msKR-Rn1OcjOemvA3_ZIx8abQmRVcgZzvA/viewform untuk memuat turun syarat dan borang penyertaan. Jangan lepaskan peluang ini!