CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 3 days ago
229.53K followers
11.73K views
467 likes
2 comments
136 shares

๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ; ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” KUALA LUMPUR, 11 Mei 2026: Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan. Pada awal pagi, 22 April lalu, pihak polis menerima laporan mengenai pergaduhan di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam kejadian tersebut, tertuduh dikatakan telah melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa. Bertindak atas maklumat dan siasatan, sepasukan pegawai dari Bahagian D7 dan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, telah memberkas tertuduh di sebuah hotel di Klang, Selangor, pada malam yang sama. Pihak polis turut merampas beberapa peralatan, termasuk pistol, magazin, dan kelongsong peluru yang dipercayai berkaitan dengan kes. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Hakim Mazuliana Abdul Rashid tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP