Posted 6 days ago
229.53K followers
78.6K views
1.68K likes
42 comments
110 shares
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐ญ๐๐๐ ๐๐จ๐๐ง ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ (๐ฃ๐ฅ๐ฃ) ๐ฆ๐๐ก ๐ญ๐ฑ๐ฑ๐ต๐ฑ๐ฒ ๐๐๐๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐๐ Dimaklumkan bahawa Sjn Helmi Suhaimi Mohd Shah yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Johor Bahru Utara telah kembali ke Rahmatullah pada Khamis 7 Mei 2026 akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 5, Jalan Johor Bahru โ Air Hitam menghala ke pusat bandar Johor Bahru. Ziarah ke atas keluarga Allahyarham telah dihadiri oleh CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor, SAC Mohd Zairi Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Mohd Zaidi Zambri, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Johor, ACP Raub Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt Azrol Anuar Nor, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPK Johor. Kehadiran barisan kepimpinan dan warga polis ini merupakan tanda penghormatan terakhir serta sokongan moral kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Sesungguhnya, segala jasa bakti, khidmat setia dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Allahyarham kepada pasukan tidak terhitung nilainya. Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP