Posted 1 week ago
59.4K followers
673 views
42 likes
2 comments
0 shares
๐๐๐ง๐๐ซ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐จ๐ญ๐๐ง๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ ๐ฎ๐๐ฆ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ Hari ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara Malaysia bersama delegasi Pejabat Peguam Negara Malaysia ke Menara MATRADE. Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan yang lebih erat berkaitan kerjasama strategik antara MATRADE dan Pejabat Peguam Negara, termasuk cadangan penyewaan ruang pejabat di Menara MATRADE yang dilihat mampu menyokong keperluan operasi secara lebih kondusif dan efisien. Sebagai hab perdagangan negara yang strategik di KL Metropolis, Menara MATRADE menawarkan pelbagai kemudahan moden serta lokasi yang amat sesuai bagi memperkukuh ekosistem pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan. Delegasi turut dihadiri oleh Datoโ Masri bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pendakwaan; Datoโ Mohd Nordin Ismail, Pengarah Pendakwaan Negeri; Tuan Azizi bin Wahab, Pengarah Bahagian Pengurusan; Puan Zuliana binti Mohd Akob, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan (Seksyen Kewangan & Perolehan); serta Dr. Ida Rahayu Zammani, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Perolehan & Pembangunan). Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh demi kepentingan negara dan rakyat. Hadir sama, Encik Abu Bakar Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, bersama pengurusan kanan MATRADE. #MATRADE #HabStrategik #PejabatPeguamNegara #MalaysiaMADANI