CID_RMP ยท @cidrmp

Posted 1 week ago
229.53K followers
1.84K views
50 likes
2 comments
19 shares

๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—˜๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026: Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dihadapkan ke beberapa Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas lapan pertuduhan memecah masuk premis perniagaan. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 453, 457, dan 411 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda bagi setiap pertuduhan, jika disabitkan kesalahan. Tertuduh ditangkap susulan tindakannya memecah masuk sebuah premis perniagaan di Fraser Business Park, Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada awal pagi 24 April lalu. Perbuatan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan tertuduh tiba menaiki motosikal dan memecah masuk melalui pintu hadapan premis. Tertuduh turut dilihat menggeledah pejabat tersebut semasa kejadian. Bertindak atas laporan polis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju telah menahan tertuduh di Jalan Sultan Azlan Shah, Chow Kit, pada pagi 26 April lalu. Hasil siasatan, pihak polis mendapati tertuduh turut terlibat dalam beberapa kes pecah masuk premis perniagaan di sekitar daerah Kuala Lumpur dan Selangor. Pasukan tangkapan telah merampas beberapa helai pakaian, peralatan berkaitan, serta sebuah motosikal curi. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan. Majistret-majistret kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehingga 2 bulan hingga 1 tahun bagi pertuduhan-pertuduhan yang dibacakan. #POLISDIRAJAMALAYSIA #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP