DBPMalaysia ยท @dbpmalaysia

Posted 2 weeks ago
28.01K followers
914 views
13 likes
1 comments
1 shares

๐๐„๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡ ๐“๐”๐“๐”๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐†๐„๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐’๐“๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Geran Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tahun 2026 dilanjutkan hingga 12 Mei 2026 (Selasa). Pelanjutan ini memberikan ruang tambahan kepada pemohon dan pusat pengurusan penyelidikan di institusi pengajian tinggi untuk melengkapkan proses penilaian dan mengemukakan cadangan penyelidikan yang berkualiti dalam usaha menyokong pembangunan ilmu dan pemerkasaan bahasa Melayu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Geran Penyelidikan DBP Tahun 2026, pemohon boleh menghubungi pihak urus setia seperti yang tertera pada poster hebahan. #BahasaJiwaBangsa