JKR (D) Kota Tinggi ยท @jkrkotatinggi

Posted 1 month ago
13.36K followers
5.25K views
79 likes
6 comments
10 shares

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐˜๐ ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ซ. ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐’๐‹๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ Kota Tinggi, 21 April 2026 โ€“ Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi bagi meninjau pengurusan projek-projek infrastruktur di bawah seliaan JKR Daerah Kota Tinggi. Ketibaan beliau disambut oleh YBrs. Ir. Izmal bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Johor dan YBrs. Ir. Ts. Haji Norazlan bin Mohammad Nor, Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Tinggi serta barisan kepimpinan Jabatan. Dalam sesi tersebut, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan telah diberikan taklimat terperinci mengenai struktur organisasi dan mekanisme operasi JKR Daerah Kota Tinggi yang disampaikan oleh Ir. Ts. Haji Norazlan bin Mohammad Nor selaku Jurutera Daerah. Lawatan ini turut disusuli dengan satu sidang media bersama rakan-rakan media tempatan, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan juga berkongsi maklumat terkini berkaitan perkembangan projek infrastruktur di Daerah Kota Tinggi. Sebelum meninggalkan lokasi, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan juga meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja JKR Daerah Kota Tinggi sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan. #iamjkr #TogetherWeDeliver #JasaKepadaRakyat