PETRA ยท @petramalaysia

Posted 3 months ago
8.59K followers
480 views
14 likes
0 comments
1 shares

๐‚๐’๐‘ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ก, ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐’๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง & ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐€๐ฅ-๐€๐›๐ฒ๐š๐, ๐Œ๐š๐ญ๐š๐ง๐ , ๐Š๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ง๐  | ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐’๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง, ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค Program PETRA Skuad yang diterajui oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta delegasi PETRA telah mengadakan lawatan ke Masjid Darul Malihah, Kampung Bukit Berangan, Kota Samarahan dan Masjid Al-Abyad, Matang, Kuching. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sempena siri jelajah PETRA Skuad Zon Sarawak 2026. Pelaksanaan CSR Wakalah merupakan fasa awal (initial rollout) TNB di Sarawak sebagai rakan strategik nasional bagi memperkukuh kesejahteraan komuniti. Dalam masa yang sama, SPAN turut melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat melalui platform Masjid Rakan SPAN untuk mempromosikan penggunaan air secara berhemat melalui pemasangan produk berlabel cekap air. Bagi fasa pertama di Sarawak ini, dua buah institusi masjid telah dipilih sebagai penerima manfaat CSR daripada kedua-dua agensi tersebut: ยท ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ก, ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐’๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง: Menerima sumbangan Wakalah RM10,000 daripada TNB serta 30 unit pili cekap air bernilai RM1,200 daripada SPAN. ยท ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐€๐ฅ-๐€๐›๐ฒ๐š๐, ๐Œ๐š๐ญ๐š๐ง๐ , ๐Š๐ฎ๐œ๐ก๐ข๐ง๐ : Menerima sumbangan Wakalah RM10,000 daripada TNB serta 40 unit pili cekap air bernilai RM1,600 daripada SPAN. Kesimpulannya, inisiatif CSR PETRA Skuad bersama TNB dan SPAN mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa komuniti serta mempromosikan penggunaan tenaga dan air secara berhemah, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan untuk rakyat. #kitapetraskuad #PETRA #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja