Posted 2 months ago
6.35K followers
4.55K views
112 likes
2 comments
16 shares
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ 16 Mac 2026 (Isnin) Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa bersama 234 prospek bertempat di Dewan At-Tarbiyyah, Penjara Bentong. Majlis ini diserikan dengan kehadiran PKK Marzuki Azmi bin Bidi (Timb.Pengarah BAKA IPPM), Ustaz Shiham bin Ramli dan Ustaz Syed Nasrullah bin Syed Hamid (Pegawai Agama BAKA IPPM), Ustaz Alwi Bin Muda (Pengarah YADIM Pahang) dan Ustaz Abdul Muhaimin bin Hazemi (Wakil Pengurus MUIP Cawangan Bentong). Ketibaan tetamu jemputan telah disambut oleh TKP Suhaizak Bin Ab Wahab, Pengarah Penjara Bentong bersama pegawai kanan. Antara pengisian majlis ialah dengan persembahan daripada prospek, penyampaian cenderahati bagi wakil peserta yang berjaya Khatam Al-Quran secara bertadarus di sepanjang Ramadhan, gimik penyerahan Mock Cheque hasil kutipan Zakat Fitrah Prospek Penjara Bentong daripada Amil Zakat kepada wakil Pengurus MUIP Cawangan Bentong dan juga diadakan penyampaian cenderahati kepada Penyelia Tadarus Al-Quran prospek. Majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah. Semoga program seumpama ini dapat terus mengeratkan hubungan ukhuwwah serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan warga kerja Penjara Bentong dan prospek. #jabatanpenjaramalaysia #ramadan2026 #malaysiamadani #iftar #bentong