KMUKM · @kmukm1970

Posted 5 months ago
0 followers
1.45K views
52 likes
0 comments
6 shares

[ 𝐈𝐒𝐔 𝐏𝐋𝐀𝐆𝐈𝐀𝐑𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 : 𝐊𝐌𝐔𝐊𝐌 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐊 𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 ] Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) memandang serius laporan berhubung isu plagiarisme akademik yang melibatkan penerbitan kertas kajian oleh beberapa ahli akademik UKM tanpa pengetahuan serta pengiktirafan sewajarnya terhadap pelajar pascasiswazah dan ahli kumpulan penyelidikan. Perbuatan ini bukan sahaja mencabuli etika akademik, malah mencemarkan nilai integriti, amanah dan profesionalisme yang seharusnya menjadi tunjang institusi pengajian tinggi. Lebih membimbangkan, aduan yang telah dibuat sejak Ogos 2025 masih belum diselesaikan sepenuhnya. Sehubungan itu, KMUKM mendesak pihak SISPAA/KPT, Pusat Siswazah UKM serta Pusat Integriti dan Ombudsman UKM agar menjalankan siasatan yang telus, bebas dan menyeluruh, serta mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi. KMUKM akan terus konsisten mempertahankan hak mahasiswa dan menuntut keadilan ditegakkan. 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐏𝐄𝐀𝐊𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔