AbeAnas_ ยท @nasz.ahmd

Posted 6 months ago
25.57K followers
522.6K views
10.6K likes
53 comments
945 shares

๐’๐„๐Š๐€๐“๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐’๐ˆ๐๐† ๐˜๐€๐๐† ๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐˜๐€๐๐† ๐’๐€๐‡ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tanah Merah mempergiatkan pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi strategik sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan berterusan. Tindakan ini diambil berikutan kedudukan geografi Negeri Kelantan yang bersempadan dengan Thailand dan sering dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan dadah, senjata api serta jenayah rentas sempadan. Sehubungan itu, semua pegawai dan anggota yang terlibat diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, berwaspada terhadap kehadiran penjenayah yang bersembunyi di kawasan operasi serta mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan. Operasi ini turut menyasarkan pembanterasan pengedaran dadah kepada kumpulan sasar dan mengekang peningkatan jenayah berkaitan demi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini. Sepanjang pelaksanaan sekatan jalan raya ini, pihak PDRM turut berjaya menahan beberapa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit sah untuk berada di negara ini. #fyp #polistanahmerah #ipdtanahmerah #tanahmerah #kelantan @Polis Tanah Merah @Ain @cใ€†ส€los @Yus