MAF TV ยท @tenteramalaysia_

Posted 5 months ago
7.09K followers
10.4K views
473 likes
12 comments
14 shares

๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐ƒ๐”๐๐€๐ˆ ๐€๐ˆ๐‘๐’๐‡๐Ž๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“, ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐Š๐ˆ๐๐ˆ Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula dari 16 hingga 21 November 2025 sempena menghadiri Dubai Airshow 2025 yang berlangsung di Dubai World Central (DWC). Kehadiran beliau ke pameran bertaraf antarabangsa ini merupakan kesinambungan usaha TUDM untuk menilai perkembangan terkini industri aeroangkasa serta memperkukuhkan jaringan diplomasi pertahanan dengan negara-negara luar. Lawatan kerja dimulakan dengan penyertaan dalam 12th Dubai International Air Chiefsโ€™ Conference (DIACC 2025) yang berlangsung di Atlantis, The Palm Dubai. Persidangan tersebut dibuka dengan โ€œwelcome speechโ€™ oleh Major General Mohamed Salem Al Hameli, Deputy Commander UAE Air Force & Air Defence. DIACC 2025 menghimpunkan para panglima tentera udara dari seluruh dunia untuk berkongsi pandangan dengan tema pada kali ini ialah Hypersonic Edge: Re-Envisioning Airpower Across Asymmetric Spaces. Sidang kali ini menekankan perlunya kuasa udara menyesuaikan diri dengan teknologi baharu seperti hipersonik, UAV dan AI, mengukuhkan integrasi pelbagai domain serta memastikan anggota bersedia bagi menghadapi cabaran operasi masa depan. Sepanjang penglibatan di Dubai Airshow 2025, Panglima Tentera Udara turut meninjau beberapa reruai pameran yang melibatkan lebih 1,500 peserta pameran industri pertahanan antarabangsa dan lebih 200 pesawat yang dipertontonkan melalui pertunjukan udara serta pameran statik. Pameran ini memberi ruang kepada TUDM untuk melihat secara dekat inovasi terkini meliputi pesawat tempur, pesawat angkut, UAV, sistem avionik, sensor, teknologi rangkaian misi serta pelbagai platform pertahanan generasi baharu. Pendedahan terhadap teknologi sebegini penting dalam menyokong usaha TUDM menilai potensi pembangunan keupayaan masa depan mengikut keperluan operasi dan hala tuju strategik TUDM. #maftv #tudm #pat #malaysiaairforce #dubaiairshow