Posted 7 months ago
7.15K followers
552 views
50 likes
0 comments
2 shares
๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฎ๐ฉ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐๐ง๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐ค๐๐ง๐ข๐ณ๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐ฃ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐ฌ๐ค๐๐ซ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฎ ๐๐ข๐ซ๐๐ฃ๐ ๐๐-๐๐ Latihan Keupayaan Batalion Infantri Mekanize Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Melayu Diraja Ke-92 yang berlangsung di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani telah disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Perkhidmatan Diraja. Baginda turut diiringi Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah; Yang Amat Berhormat Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; serta Jeneral Tan Sri Datoโ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat. Latihan ini memperlihatkan demonstrasi taktikal berskala penuh melibatkan pelbagai aset dan elemen ketenteraan seperti kenderaan perisai AV8 Gempita, helikopter MD530G, dan A109 Agusta. Melalui simulasi peperangan moden ini, elemen infantri, armor dan udara digabungkan secara tersusun bagi mempamerkan keupayaan taktikal serta tahap kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi ancaman semasa dan masa hadapan. Penganjuran latihan ini menjadi bukti komitmen Tentera Darat Malaysia di bawah kepimpinan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datoโ Sri Hj Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, dalam memastikan keupayaan tempur, kesiapsiagaan, dan keberkesanan pasukan sentiasa berada di tahap tertinggi. Keberangkatan Tuanku Sultan Kedah bersama kerabat diraja dan kepimpinan negeri menyaksikan latihan ini turut memberi suntikan semangat dan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Darat yang terus teguh mempertahankan kedaulatan tanah air. #maftv #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #DutyHonourSacrifice #PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan