Penjara Bentong ยท @penjarabentong.official

Posted 6 months ago
6.35K followers
3.86K views
75 likes
1 comments
10 shares

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐ˆ๐€๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐“๐Ž๐๐† ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐ˆ๐๐ƒ๐„๐…) 4 November 2025 (Selasa), Penjara Bentong telah menerima kunjungan rasmi daripada Unit Integriti, Kementerian Pertahanan Malaysia sempena Lawatan Ilmiah Integriti. Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang peserta yang diketuai oleh Tuan Ramli bin Hassan, Ketua Unit Integriti, Kementerian Pertahanan Malaysia. Ketibaan peserta telah disambut oleh TKP Suhaizak bin Ab Wahab, Pengarah Penjara Bentong dan PKK Azuwan Hafiz bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai latar belakang Penjara Bentong, termasuk fungsi, peranan serta pelaksanaan program pembangunan insan dalam kalangan prospek. Sesi taklimat ini memberi gambaran menyeluruh kepada para peserta mengenai struktur organisasi, sistem pemulihan, dan amalan integriti yang diterapkan di institusi ini. Selepas sesi taklimat, peserta telah dibawa melawat ke bengkel tenun dan bengkel pastri, di mana mereka berpeluang menyaksikan sendiri aktiviti kemahiran dan latihan vokasional yang dijalankan oleh prospek. Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendekatan pembetulan dan pemulihan prospek, tetapi juga memperkukuh pemahaman terhadap nilai-nilai integriti, disiplin, dan tanggungjawab sosial yang diamalkan di Penjara Bentong. #mindef #integriti #jabatanpenjaramalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #kementerianpertahananmalaysia