Penjara Bentong ยท @penjarabentong.official

Posted 8 months ago
6.35K followers
6.94K views
148 likes
7 comments
15 shares

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐€๐Š๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐“๐€๐€๐ ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐“๐‡๐€๐ˆ๐‹๐€๐๐ƒ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐“๐Ž๐๐† 11 September 2025, Penjara Bentong telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan Duta Besar Diraja Thailand ke Malaysia, H.E. Ms Lada Phumas. Ketibaan telah disambut oleh YDH TKP Zulia binti Khamis@Ahmad Kamil, Pengarah Bahagian Antarabangsa & Pemindahan Banduan dan PKK Azuwan Hafiz Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada Program Interaktif Duta Besar Kedutaan Thailand Bersama Banduan Warga Thailand. Program ini adalah inisiatif kerjasama antara Kedutaan Besar Thailand dan Bahagian Antarabangsa dan Pemindahan Banduan, bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan memastikan kebajikan rakyat mereka yang sedang menjalani hukuman di Malaysia. Dalam kunjungan ini, Duta Besar H.E. Ms Lada Phumas telah mengadakan sesi perjumpaan dengan banduan warga Thailand, di mana beliau meluangkan masa untuk mendengar secara langsung keperluan dan kebajikan mereka. Selain itu, delegasi dari Kedutaan Thailand turut melawat Galeri Tenun Diraja di Penjara Bentong, di mana mereka dapat menyaksikan hasil seni yang menakjubkan yang dihasilkan oleh banduan. Program ini diakhiri dengan sesi demonstrasi masakan tradisi Thailand, yang turut melibatkan kakitangan dan banduan wanita, menjadikannya satu pengalaman interaktif yang unik dan bermakna. Inisiatif murni ini bukan sahaja mengeratkan hubungan diplomatik, malah memberikan impak positif kepada banduan dengan menunjukkan bahawa kebajikan mereka tetap menjadi keutamaan. #jabatanpenjaramalaysia #MalaysiaMadani #bentong #pahang @PENJARA OFFICIAL