Posted 8 months ago
20.95K followers
5.3K views
163 likes
3 comments
15 shares
๐ท๐ฌ๐น๐ฏ๐ฐ๐ด๐ท๐ผ๐ต๐จ๐ต ๐ฒ๐ฏ๐จ๐บ ๐ฒ๐ฌ๐ป๐ผ๐จ ๐ท๐ถ๐ณ๐ฐ๐บ ๐ซ๐จ๐ฌ๐น๐จ๐ฏ ๐ฉ๐น๐ฐ๐ช๐ฒ๐ญ๐ฐ๐ฌ๐ณ๐ซ๐บ, ๐ฒ๐ผ๐จ๐ณ๐จ ๐ณ๐ผ๐ด๐ท๐ผ๐น ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐ ๐๐ฟ๐ถ๐ฐ๐ธ๐ณ๐ถ๐ฒ๐น๐ฑ๐, 25 Ogos 2025, jam 8.00 pagi โ YDH ACP Ku Mashariman bin Ku Mahmood, Ketua Polis Daerah Brickfields, telah menghadiri Perhimpunan Khas Ketua Polis Daerah Brickfields yang diadakan di Dataran Kawad, IPD Brickfields, pagi tadi. Turut hadir, YDH Supt. Ahmad Firdaus bin Mustaffa Kamal, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, bersama Ketua-ketua Bahagian/Cawangan, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam. Perhimpunan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas kepimpinan serta sumbangan besar beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di IPD Brickfields. Dalam ucapannya, YDH Ketua Polis Daerah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota atas sokongan padu yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat, di samping berpesan agar budaya kerja berpasukan, integriti dan disiplin terus dipelihara. Majlis ini turut memberi ruang kepada warga IPD Brickfields untuk menyampaikan ucapan selamat maju jaya serta penghargaan atas jasa dan komitmen beliau, di samping mendoakan kejayaan di tempat baharu. Selain itu, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Daerah Brickfields kepada pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam penugasan. Perhimpunan khas ini telah berlangsung dengan jayanya. #poliskualalumpur #polisdanmasyarakatberpisahtiada #brickfieldsboleh #kearahklsejahtera #keepklsafe