Posted 1 year ago
1.72K followers
747 views
10 likes
0 comments
0 shares
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐ฆ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก: ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก๐ ๐๐ง๐๐จ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐ก๐? ๐ ๐๐๐๐ฆ๐ฆ ๐ง๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ณ KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2024 โ Building Leaders and Entrepreneur Society (BLESS) Talk telah berlangsung di Anjung Ilmu, Ibu Pejabat MARA hari ini. Dua panel hebat, Encik Nazroof Hakim, Ketua Pegawai Operasi Billplz Qapital Bhd dan Encik Saiful Rizal Zainuddin, Lead Trainer IO Network My Sdn Bhd, tampil membincangkan peranan Artificial Intelligence (AI) dalam ekosistem keusahawanan. BLESS Talk kali ini memberi tumpuan kepada persoalan sama ada teknologi AI (Artificial Intelligence) membawa peluang baharu atau menjadi saingan dalam kalangan usahawan MARA yang masih belum beradaptasi sepenuhnya dengan teknologi ini di Malaysia. Pelbagai soalan menarik telah diajukan kepada panel dan moderator, termasuk inisiatif MARA dalam teknologi AI, potensi AI dalam memudahkan operasi harian usahawan, dan persoalan keselamatan maklumat peribadi pelanggan dalam penggunaan teknologi tersebut. Sesi ini mendapat sambutan hangat apabila menerima banyak soalan daripada peserta. Ini membuktikan bahawa BLESS Talk menyediakan platform yang interaktif untuk para usahawan berkongsi pandangan serta mendapatkan nasihat dalam menjalankan perniagaan mereka. Datoโ Zulfikri juga mengakhiri sesi dengan ucapan terima kasih atas penglibatan aktif para panel dan peserta. Beliau berharap teknologi baru ini akan dapat membantu memperkasa usahawan dalam menghadapi cabaran masa hadapan. #MerakyatkanMARA #MalaysiaMadani