Posted 2 weeks ago
2.58K followers
19.04K views
570 likes
29 comments
451 shares
โ ๏ธ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ผ๐
๐ผ 15 ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐๐๐๐ผ ๐ฟ๐ ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐
๐ผ๐ฟ๐๐ผ๐ Pada malam sambutan Hari Kebangsaan, kita dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami renjatan elektrik ketika bermain futsal di Taman Awam Dataran Anak Muda, Bestari Jaya. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. Insiden ini perlu dipandang serius kerana ia melibatkan keselamatan pengguna di kemudahan awam , khususnya golongan anak muda. Pihak MPKS perlu tampil memberikan penjelasan dan laporan terperinci berhubung keadaan serta aspek keselamatan gelanggang futsal dan padang awam berkenaan. Saya difahamkan bahawa Ahli Majlis MPKS, Saudara Gunasakaran Subramaniam , telah mengemukakan laporan berhubung gelanggang futsal dan padang awam Bestari Jaya yang baru siap, termasuk persoalan berkaitan pematuhan spesifikasi serta aspek keselamatan. Perkara tersebut juga dikatakan telah dibawa untuk perhatian dalam Mesyuarat Penuh MPKS dua minggu yang lalu secara bertulis. Justeru, satu siasatan terperinci dan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk aspek pemasangan elektrik, pematuhan spesifikasi, pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan serta pihak yang bertanggungjawab terhadap kemudahan tersebut. Keselamatan rakyat tidak boleh dikompromi. Kita berharap pihak berkuasa dan MPKS dapat memberikan penjelasan secara telus serta mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian seperti ini tidak berulang dan tiada lagi nyawa menjadi korban akibat kecuaian yang boleh dielakkan. Salam takziah buat keluarga mangsa. #BestariJaya #KualaSelangor #MPKS #fyp #trending