ะะพะดะฐะฝะพ 5 ะดะฝัะฒ ัะพะผั
231.57K ะฟัะดะฟะธัะฝะธะบัะฒ
12.3K views
293 likes
2 comments
39 shares
๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ฃ๐ & ๐๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ IPOH, 10 Julai 2026: Sepasang kekasih masing-masing berusia 34 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas (5) pertuduhan jenayah kerana melakukan khianat dengan cat dan api terhadap harta benda. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 426/427/435 dan 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Siasatan yang dijalankan mendapati kedua-dua individu berkenaan bergiat aktif melakukan khianat dengan cat dan api ke atas harta benda mangsa setelah di upah oleh sindiket peminjam wang tidak berlesen atau ah long. Tertuduh telah diberkas sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 IPD Ipoh pada 18 Jun, susulan satu kejadian di Menglembu Bestari, Ipoh pada 12 Jun yang lalu. Mereka didakwa telah melempar molotov cocktail dan cat ke dalam halaman rumah mangsa, dengan tujuan menakutkan ahli keluarga bagi tujuan tuntutan wang pinjaman. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Puan Ainul Shahrin binti Mohamad menetapkan tarikh sebutan semula pada 11 Ogos 2026. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP
ะะพะดัะปะธัะธัั ัะธะผ